ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH
DAN SALAM SEJAHTERA
Dengan visi ke arah mewujudkan industri pertanian berdaya saing, pengeluaran produk berkualiti, selamat dan mesra alam serta berorientasikan eksport, Jabatan Pertanian komited untuk memberi perkhidmatan kepada pengusaha-pengusaha pertanian melalui pengalaman teknologi terkini di samping melaksanakan aktiviti khidmat regulatori. Selaras dengan komitmen tersebut, Jabatan Pertanian telah menetapkan dua perkhidmatan teras. Pertama perkhidmatan pengembangan teknikal kepada golongan sasar dan pelanggan bagi meningkatkan daya pengeluaran terutamanya sub-sektor tanaman makan dan kedua menguatkuasakan akta-akta pertanian berkaitan.
Selamat melayari Portal Rasmi Jabatan Pertanian.
Sekian, wassalam.
YBhg. Dato 'Ahmad Zakaria bin Mohamad Sidek
Ketua Pengarah Pertanian
Jabatan Pertanian
0 comments:
Post a Comment